The Story of Zarres
Missing You

21 September 2012 @ 9:12 AM | 0 Comment [s]

Hi assalamualaikum :')


Dah dua malam aku tidur bertemankan airmata , sayu sangat hati ni . Terasa kosong , macam kotak kosong , macam patung boneka yang tidak bernyawa dan bertuan . Ye , ini semua sebab rindu . Rindukan dia . Rindukan Syazwan Asyraf Mohd Noor Al-Rashid . Dah dua minggu kami tak berhubung . No text , no calls from him . And the most amazing is , dia buat account twitter baru and aku baru tahu , itu pun sebab aku ternampak tweethandle dia . Kalau tak , mmg sampai kesudah lah aku takkan tahu pasal tu . Kenapa dia buat macam ni ? Aku bingung . Aku buntu . Aku tak tahu apa lagi yang aku perlu lakukan . Sama ada lupakan dia , atau terus mengejar bayangan dia . Dua malam aku menangis . Menangis sebab rindukan dia . Menangis sebab memikirkan hubungan kami yang sudah hancur . Menangis memikirkan janji-janji dia yang dah diingkari . Menangis dan terus menangis , tanpa jemu , tanpa penat lelah .
Harini 22 Sept *jam sudah hampir tepat 12:00 am*, tiga/dua hari lagi birthday dia . Runsing . Aku tak tahu sama ada perlu mengucapkan kalimah "Selamat Hari Lahir" kepadanya atau tidak . Bukan bermaksud sudah membenci atau berdendam . Tapi kerana takut tidak dapat mengawal perasaan sayu ini . Takut akan menangis ketika berbicara dengan dia . Takut akan rasa disakiti . Takut ego akan meninggi lagi . Takut dengan segala-galanya . Niat dihati mahu menjadi insan pertama yang mengucapkan kalimah tersebut padanya . Tapi jauh disudut hati , takut sekiranya ada insan lain yang telah menjadi orang pertama . Bukan apa , risau sekiranya telah ada insan lain yang bertakhta dihatinya . Niat dihati juga ingin membelikannya hadiah , tapi risau tidak diterima . Otak ku semakin buntu memikirkannya . Ingin sahaja aku menghantuk kepalaku di dinding . Tapi tak mampu lakukannya kerana risau lain pula jadinya nanti .


Maaf ya , entry aku kali ini agak membosankan . Terlalu banyak menggunakan bahasa yang entah apa-apa . Tapi hanya ini sahaja yang mampu aku luahkan , di blog lusuh ini .
Apa yang aku harapkan sekarang ini cuma aku mahu kami bersatu semula , walaupun sebagai abang adik , aku tak kisah . Aku cuma mahukan dia dalam hidup aku . Aku cuma mahu dia tahu yang aku rindukan dia . Tapi , sejujurnya memang aku masih berharap yang dia masih sayang dan cintakan aku . Kerana aku juga masih menyayangi dan mencintainya . Aku mahu menjadi permaisuri dihatinya semula . Aku mahu dibelai dan dimanja tiap waktu . Aku mahu diberi perhatian sepenuh masa . Aku mahu menjadi peneman dirinya saat dia kesunyian . Aku mahukan semua itu . Semua itu telah pergi dari aku 4 bulan yang lepas . Dan aku mahukan ia kembali . Aku mohon agar ianya kembali . Arhh , poyo ja ayat aku . Tapi nak buat macam mana , dah jari ini nak menaip macam ni . Nak tekan 'Backspace' pun dah terasa malas . So biarlah ayat itu disitu .
Ya Allah , aku bermohon agar Kau dapat satukan hati dan cinta kami berdua andai dia itu jodohku . Dan sekiranya sudah tertulis yang dia itu bukan jodohku , aku bermohon agar Kau pertemukanlah aku dengan jodohku , begitu juga dengan dia . Semoga kami berdua akan bahagia kelak . Dan aku juga bermohon padaMu agar Kau tabahkanlah hati hambaMu ini untuk menghadapi segala ujian yang akan Kau berikan nanti . Kau jadikanlah aku ini seorang insan yang sabar dan redha dengan keputusanMu . Aminn Ya Rabbal Al Amin .
Mataku sudah semakin layu . Esok pagi kena bangun awal . Jariku semakin malas untuk menaip . Jadi , seeloknya aku mengundurkan diri . Assalamualaikum Dunia Blog . Assalamualaikum Iwan . Assalamualaikum Cinta . Assalamualaikum semua :)


Older Post | Newer Post
Le Owner!


Hi peeps ! I'm Eyza . 15 y/o still young right ? I'm PMR victim ! This is my Sweetie Blog . And any copyright are not allowed okay :D

Thanks for coming . Do come back !

Me Love You So Much !


Navigations!

Diary Zarres Mine Site


Shout Here!


Thanks!

Template by : Eyza Zarres Basecode by : Eyza Zarres
Full Edited : Eyza Zarres

Best View at GOOGLE CHROME!