The Story of Zarres
All About You!

16 July 2012 @ 11:44 PM | 0 Comment [s]

Harini aku tak pergi sekolah . Sebab dada aku terasa sakit bagaikan dihempap oleh batu . Aku cuba nak tidur , merehatkan diri yang agak letih kerana tidak tidur semalaman . Tapi cubaan aku gagal . So , terlintas dalam fikiran aku untuk turn on laptop tercinta ini dan menghadap Twitter . Sambil aku menghadap Twitter tersayang , aku terfikir untuk mencari kerja lain untuk menghilangkan kebosanan melampau ini .
Fikir and fikir *after few minutes* Aku dah dapat idea #Stalking blog orang# So aku cuba lah ber-blogwalking di merata-rata site . Sampai ke satu tahap , kebosanan aku muncul kembali . So , aku decide nak buat benda lain . But , tiba-tiba teringatkan blog aku yang dah hampir 2 minggu tidak dikemaskini . Jadi , aku pun singgah ke blog aku . Tapi aku terasa macam nak baca balik semua post-post aku dulu . Banyak juga post yang aku jumpa .
Tapi .... Kebanyakkan post aku ni ditujukan kepada makhluk ciptaan Allah s.w.t yang terindah dalam hidup aku . Ye , dia kaum Adam . Berlainan jantina dengan aku . Nak tahu siapa ? Siapakah dia ? Hanya satu dalam sejuta . Syazwan Asyraf bin Mohd Noor Al-Rashid .
Kebanyakkan post yang aku tulis , semuanya berkaitan dengan dia . Ada saja kisah tentang dia . Mesti ada , sekurang-kurangnya satu ayat pasal dia dalam setiap post aku . Aku pun tak faham jugak apa masalah aku ni . Dah angau agaknya .


Tapi tapi tapi dan tapi .. bila aku selidik , aku kaji dan aku kupas #Dah macam dalam Edisi Khas pulak ayat ni# post-post aku tu . Semuanya pasal aku yang patah hati , kecewa , sakit hati , makan hati dengan sikap dia . Ye , semuanya luahan hati aku tentang dia .
Bila aku baca post-post tu , aku rasa macam aku ni terlalu sayangkan dia . Aku sanggup tunggu dia . Aku sanggup berikan dia berjuta peluang . Sedangkan dah banyak kali aku makan hati , sakit hati dengan dia . Terlalu banyak sangat dugaan untuk hubungan aku dengan dia . Memang banyak . Tapi tak apa , aku tak mengeluh . Aku cuma ingin memberitahu . Aku tahu , Allah s.w.t hanya mahu menguji kesabaran hati aku . Ye , aku sentiasa menunggu dia , tanpa jemu . Sememangnya aku dah tunggu since dia couple balik with Maya . Pastu break , then couple balik with Haifa . Pastu break , then berbaik balik dengan Maya . And sampai ke harini , sampai dia dengan Dhiya . Aku still tunggu dia tanpa jemu . Ye , memang terasa agak bodoh bila menunggu pokok yang belum tentu ada buahnya . Tapi aku tak kisah . Aku tetap menunggu .
Tapi sekarang ni .... I mean , sejak 3-4 hari ni aku rasa hubungan kami diuji lagi . Bila aku mulai lupakan dia , dia datang semula . Dia text aku , dia cuba menawan hati aku kembali . Dia cakap dia rindukan aku , aku cakap dia gila , tapi hakikatnya itulah yang aku harapkan . Dia cakap dia tak happy langsung dengan Dhiya , aku tak percaya , sebab aku selalu harapkan dan yakinkan diri aku yang dia dah bahagia disamping Dhiya . Dia cakap dia sayangkan aku , aku cakap kalau sayang tapi tak ada cinta tak guna juga , tapi sebenarnya itu yang aku mahukan . Dia cakap dia masih ada cinta itu , dan aku mahu cakap kalau dia cinta dan sayangkan aku kenapa dia masih lagi dengan Dhiya , tapi aku halang mulut celaka aku dan jari puaka aku ini dari ungkapkan dan menulis semua itu kerana aku tidak mahu dianggap pentingkan diri sendiri .
Jujur , aku masih tak berhenti berdoa serta berharap agar kami kembali seperti dahulu . Sekiranya jodoh itu masih ada , apa salahnya jika dia diserahkan semula kepada aku . Aminn~


Older Post | Newer Post
Le Owner!


Hi peeps ! I'm Eyza . 15 y/o still young right ? I'm PMR victim ! This is my Sweetie Blog . And any copyright are not allowed okay :D

Thanks for coming . Do come back !

Me Love You So Much !


Navigations!

Diary Zarres Mine Site


Shout Here!


Thanks!

Template by : Eyza Zarres Basecode by : Eyza Zarres
Full Edited : Eyza Zarres

Best View at GOOGLE CHROME!